Kali nie aku rasa nak blog dalam Malay lak. Penat dah speaking sedas-dua sebelum ni. Dalam previous blog aritu aku ada mention pasal berhenti kerja dari sektor kerajaan and ada sebut pasal compulsory service. So, skarang aku nak citer pasal compulsory service ni.
Compulsory service ni dah lama dah implement kat Malaysia ni- sejak 1971 based dari Medical Act 1971 (act 50). Korang boleh baca sendiri kat sini. Bagi yang malas nak membaca or takde masa nak baca akta yang panjang lebar tu meh sini aku terangkan sedikit sebanyak benda yang penting dari akta tu.
Basically, akta ni menyebabkan doktor-doktor warganegara Malaysia kena berkhidmat wajib selama 3 tahun selepas abis housemanship. Good news is, since 2009 kerajaan dah turunkan tempoh tu kepada 2 tahun saja sebab housemanship period dah naik ke 2 tahun. (housemanship period start jadi 2 tahun sejak tahun 2008 tapi news pasal pengurangan tempoh khidmat wajib menteri announce tahun 2009)
Bagi yang nak berhenti dari bekerja kat spital atau klinik kerajaan (note: berenti as in quit qovernment bukan tukar kementerian) atas sebab-sebab tersendiri adalah digalakkan untuk pastikan tempoh khidmat wajib dah lengkap. Cane nak pastikan? Senang je. Call MMC di nombor-nombor ni 03-22628480 or 03-22628481 dan mintak untuk disambungkan ke extension 103 (bahagian compulsory service) Staff tersebut akan guide anda untuk step-step seterusnya.
Ada orang tanya, apa yang penting sangat nak kena buat compulsory service ni? simple je jawapan dia - kalau kau still nak jadi doktor kat dalam Malaysia tapi luar government yang LEGAL kena buat compulsory service ni. Sebab, kalau tak cukup 2 tahun tanpa sebab-sebab yang boleh diterima 'practising license' anda akan ditarik dan degree MBBS anda akan menjadi sekeping kertas yang tak berharga lagi. huhu
Lupa lak nak inform-compulsory service ni kena berterusan tanpa henti untuk tempoh 2 tahun tau!! Maksudnya, tak leh amik cuti selain dari cuti bergaji. So, let say kalau ko terpaksa sangat-sangat nak berhenti sebelum cukup tempoh 2 tahun, bole ke tak? Boleh je... tapi ko kena buat surat rasmi direct kepada DG (director General MoH bukan DiGi) mintak sama ada pengecualian, pengurangan atau penundaan tempoh khidmat wajib. Usually kita akan dinasihatkan oleh staff MMC untuk mintak pengurangan je. Surat reply akan diterima dalam masa 2-4 minggu.
hi , do they usually luluskan pengurangan khidmat wajib by DG?
ReplyDelete